Monday, August 23, 2010

Program Bersamamu SMK Pujut 2010


21 Ogos 2010, Senadin - Syukur Alhamdulillah, program Bersamamu pada tahun ini telah berjalan dengan lancar walaupun tahun ini lebih mencabar dari tahun-tahun sebelumnya. Sebanyak 11 buah rumah pelajar Islam SMK Pujut yang kurang berkemampuan telah kami kunjungi di sekitar Kampung Tudan, Kuala Baram, Batu 1 dan Senadin untuk diberi sumbangan sebagai persiapan Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. 
Pada tahun ini, sumbangan dari pihak luar dan warga SMK Pujut amat memberangsangkan dari tahun-tahun sebelumnya. Program pada tahun ini telah disertai oleh sukarelawan dari  Yayasan Amal Sarawak, ibubapa, guru-guru dan ahli Persatuan Pelajar Islam SMK Pujut.
Terima kasih kepada mereka yang menghulurkan sumbangan ini. Diharap dengan sumbangan ini akan dapat membantu meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri nanti.

0 comments:

Komen Dan Cadangan

Komen dan cadangan anda tentang blog ini
Nama Penuh
Email Address:
Umur
Jantina Lelaki
Perempuan

form mail